BANGKOK, THAILAND – Jurucakap Junta tentera Thailand, Col Winthai Suvaree berkata, setelah meneliti bukti awal kes, pihak penyiasat membuat kesimpulan bahawa pengeboman pada Isnin lalu tidak melibatkan warga asing atau pun rangkaian pengganas antarabangsa.

 

Sementara itu, jurucakap polis mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang yang disyaki terlibat dalam serangan tersebut. Ketua Polis Thailand, Somyot Pumpanmuang berkata beliau percaya serangan itu dirancang sekurang-kurangnya sebulan lebih awal. Polis Thai masih menjalankan siasatan dengan bantuan pihak Interpol bagi mencari tiga lelaki yang dilihat dalam kamera keselamatan video di kuil sebelum letupan itu berlaku.

 

Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap seorang lelaki tidak dikenali yang dilihat dalam rakaman CCTV. Rakaman CCTV menunjukkan suspek meninggalkan beg di kuil itu tidak lama sebelum letupan. Pihak polis Thai menawarkan satu juta baht sebagai ganjaran kepada pemberi maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan lelaki ini. – BBC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here