Screen Shot 2015-08-26 at 3.37.59 PM

KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya jemaah haji diminta tidak terpengaruh dengan maklumat palsu yang disebarkan di media sosial kononnya Ringgit Malaysia (RM) tidak diterima pengurup wang di Makkah dan Madinah.

Sebaliknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tiada sebarang masalah berkaitan tukaran RM di Makkah dan Madinah.

“Ini merupakan fitnah besar. Maklumat daripada Pengarah Operasi Haji telah menafikannya dan menjelaskan tiada masalah berkaitan pertukaran RM di pengurup wang di Makkah dan Madinah,” katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

Pada masa sama, Asyraf Wajdi berkata, Tabung Haji sejak dahulu lagi sudah menasihatkan jemaah haji agar tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana ia menyediakan kemudahan pengeluaran wang tunai dalam mata wang Riyal di Makkah dan Madinah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here