Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad memaklumkan Pejabat Perdana Menteri tidak mempunyai seorang pegawai seperti dinamakan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, individu berkenaan juga tidak berkhidmat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penasihat kanan seperti mana yang didakwa.

“Pejabat Perdana Menteri tidak mempunyai seorang pegawai bernama sedemikan berkhidmat dengan perdana menteri,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, Syed Saddiq mendedahkan, beliau diumpan RM5 juta oleh penasihat kanan Najib untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford dengan biasiswa RM400,000.

Tawaran termasuk dana untuk beliau memulakan sekolah debat bakal diketuainya di seluruh negara.

Dalam satu wawancara bersama Sinar Harian kelmarin, Syed Saddiq turut mendedahkan beliau mengenai individu tersebut, namun tidak pernah bersua. Sebaliknya, dia bertemu dengan beberapa orang tengah yang cuba memujuk beliau untuk meninggalkan Bersatu.

Tambahnya, pelbagai kaedah digunakan oleh orang tengah itu untuk meyakinkan dirinya bahawa pemberian wang berjumlah RM5 juta sebagai geran bagi membina sekolah-sekolah debat di negara ini, bukan rasuah sebaliknya salah satu cara membantu rakyat.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here