Stacy ditemui sewaktu sidang media.
Stacy ditemui sewaktu sidang media.

Hajat Stacy untuk memeluk agama Islam tidak mendapat tentangan keluarganya. Ibu bapa Stacy merestui hajat anak mereka untuk memeluk agama Islam.

Ibu kepada penyanyi itu Agnes Kaloos, 57, berkata, anaknya telah memaklumkan hasrat berkenaan dan dia sekeluarga tidak menghalang kehendak Stacy itu.

“Memang Stacy sudah bagi tahu saya pasal hajat dia nak masuk Islam. Dulu dia Kristian. Dia cakap agama sama sahaja cuma cara (pelaksanaan) itu berbeza dan dia nak pilih agama Islam,” katanya kepada mStar Online dalam sidang media di pejabat Astro di sini pada Selasa.

Hadir sama pada sidang media itu ialah bapa Stacy iaitu Annam Bayar, 53.

Stacy menggunakan nama Islamnya iaitu Ummu Shaikhah Stacy Abdullah.

Terdahulu, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor.

Selain ibu dan bapanya, semasa lafaz syahadah dilakukan Stacy, dia turut ditemani kekasihnya Akim Ahmad dan ibu-bapa penyanyi lelaki itu.

Ia dilakukan kira-kira pukul 10 pagi Isnin.

 

-mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here