Tiada calon bukan Islam PAS akan bertanding atas tiket PAS di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat, berkata sejak PAS mula bertanding PRU pertama pada 1959 sehingga PRU-13 lalu, PAS negeri ini tidak pernah meletakkan calon bukan Islam mewakili parti itu.

Malah, beliau berkata, senarai calon yang bakal bertanding mewakili PAS negeri pada PRU-14 sudah diserahkan kepada PAS Pusat dan sudah dimuktamadkan.

“Terengganu adalah negeri yang majoriti penduduknya Melayu dan beragama Islam. Justeru, tiada calon bukan Islam diletakkan di kerusi ditandingi PAS.

“Di negeri lain mungkin ada, tetapi bukan di Terengganu. Senarai calon (PRU-14) juga kita sudah ada,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang semalam berkata, PAS sudah memuktamadkan calonnya yang akan bertanding pada PRU-14 dan turut mencalonkan calon bukan Islam, selain muka baharu, calon muda serta wanita.-BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here