KUALA LUMPUR – Khabar angin kononnya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Sri Mohd Shafie Apdal akan digugurkan dari Majlis Tertinggi UMNO, tidak berlaku.

Sebaliknya, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, di sini pada Rabu memberi tumpuan kepada usaha menyatukan dan mengukuhkan UMNO dengan kedua-dua mereka berkata mereka akan bekerja untuk kepentingan parti.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemecatan para pemimpin UMNO ‘tidak pernah berada dalam agenda.’

“Ia cuma spekulasi dari luar,” kata Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO selepas mempengerusikan mesyuarat, merujuk kepada khabar angin bahawa Muhyiddin dan Mohd Shafie akan dipecat bersama pemimpin seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Muhyiddin, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Mohd Shafie sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, digugurkan dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lepas.

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here