Pemenang Piala Dunia, Ronaldinho bertindak pelik apabila berterima kasih kepada bola ketika bercakap mengenai persaraannya buat kali pertama, selepas diumumkan abangnya semalam.

“Selepas tiga dekad ditujukan buat bola sepak, saya tinggalkan impian sejak kecil yang kini sudah menjadi kenyataan,” kata pemain berusia 37 tahun itu yang tidak bermain bola sepak selama lebih daripada dua tahun.

“Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi sepanjang masa ini dan menjadi rakan dalam menempuhi pelbagai kejayaan,” katanya merujuk kepada sebiji bola dan mengulangi kata-kata yang pernah diucapkan legenda Real Madrid Alfredo Di Stefano, yang meninggal dunia pada 2014.

“Mereka yang mengenali saya mengetahui betapa pemalunya saya dan biasanya saya tidak bercakap banyak tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih dengan sepenuh jiwa kepada mereka yang banyak membantu saya melakukan apa yang benar-benar saya sukai.”

Ronaldinho menikmati karier cemerlang yang bermula dari Gremio di Brazil ke Paris Saint-Germain, Barcelona, AC Milan sebelum kembali ke negara asalnya.

Dia menjuarai Copa America pada 1999, Piala Dunia pada 2002, Ballon d’Or pada 2005, Champions League pada 2006 dan Copa Libertadores pada 2013.

Dia juga menjulang trofi La Liga Sepanyol sebanyak dua kali, sekali di Serie A dan Piala Konfederasi FIFA.

— AFP

SHARE
Previous articleNajib : Saya Sayang Negeri Sabah
Next articlePRU14: Pembangkang ‘Mudahkan’ Kerja BN Di Sabah
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here