Saturday, June 23, 2018
Home Muka Depan Terengganu Kurangkan 
Tajaan Pelajar Ke Luar Negara 


Terengganu Kurangkan 
Tajaan Pelajar Ke Luar Negara 


0
840

Screen Shot 2015-08-26 at 9.10.14 AM

KUALA NERUS 25 Ogos – Kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu memutuskan untuk me­ngurangkan penghantaran pelajar anak negeri bagi mengikuti pe­ngajian ke luar negara berikutan kekangan kewangan akibat keja­tuhan nilai ringgit.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, hanya 45 pelajar anak negeri dapat dihantar ke tiga universiti luar negara pada tahun ini berbanding 6o pelajar membabitkan 11 universiti, pada tahun lalu.

“Penajaan seumpama itu akan tetap diteruskan, walaupun krisis tersebut berlarutan, namun bergantung kepada kemampuan kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam dan Penyampaian Wang Pendahuluan Diri Kepada Pelajar Tajaan YT Ke Luar Negara di Hotel Tabung Haji, di sini, malam tadi.

Yang hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Zubir Embong dan Pe­ngarah YT, Mohamad Sulong.

Dalam majlis itu, seramai 370 pelajar termasuk 45 pelajar baharu hadir menerima pendahuluan tajaan masing-masing dengan jumlah yang diperoleh bergantung kepada bidang dan universiti.

“Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM62.5 juta bagi menaja keseluruhan 60 anak negeri yang melanjutkan pelajaran di 11 universiti di luar negara, tahun ini.

“Jumlah itu meningkat hampir RM12.5 juta atau 25 peratus berban­ding perbelanjaan pada tahun lalu sebanyak RM50 juta, maka kita terpaksa mengurangkan penghantaran pelajar akibat krisis ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here