Tentera Israel menembak mati dan bunuh empat rakyat Palestin dan mencederakan 150 yang lain pada hari Jumaat, kata pegawai perubatan, ketika bantahan terhadap tindakan Presiden Amerika Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, masuk minggu kedua.

Kebanyakan mangsa adalah di sempadan Semenanjung Gaza, di mana beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul untuk melontarkan batu ke arah tentera Israel di luar pagar kubu. Pasukan perubatan berkata dua penunjuk perasaan, salah seorang daripadanya menggunakan kerusi roda, terbunuh dan 150 cedera.

Di Tebing Barat yang diduduki, pihak perubataan berkata dua orang penunjuk perasaan terbunuh dan 10 cedera ditembak tentera Israel.

Salah seorang yang terbunuh adalah lelaki yang menurut polis Israel, ditembak selepas dia menikam seorang anggota unit mereka. Saksi-saksi Reuters berkata lelaki Palestin itu memegang pisau dan memakai apa yang kelihatan seperti tali pinggang bom. Seorang pegawai perubatan Palestin yang membantu membawa keluar lelaki itu untuk rawatan berkata ia adalah tali pinggang bom palsu.

Rakyat Palestin – dan dunia Arab dan Islam yang lebih luas – beraang dengan pengumuman Trump pada 6 Disember, yang mengubah dasar AS selama ini mengenai Baitulmuqaddis – sebuah bandar yang dituntut oleh kedua-dua Israel dan Palestin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here