Badan hak asasi manusia Tenaganita memuji langkah kerajaan menubuhkan mahkamah khas yang menumpukan pada kes pemerdagangan manusia, dan berkata mahkamah itu komponen berguna dalam strategi memerangi masalah itu.

Pengarah Eksekutif Glorene A Das bagaimanapun engingatkan usaha itu akan dilihat hanya untuk mempromosikan imej sekiranya prasyarat-prasyarat penting tidak dipenuhi.

Beliau berkata selalunya mangsa pemerdagangan manusia, kebanyakannya warga asing, keberatan untuk memperjuangkan kes di mahkamah kerana proses undang-undang yang panjang dan kekurangna sokongan. Masalah itu perlu diselesaikan.

Beliau berkata Tenaganita pernah timbulkan lebih lama mangsa berada dalam perbicaraan, lagi mereka akan menjadi trauma dan mahu pulang ke negara asal, menyebabkan usaha mensabitkan pelaku temui kebuntuan.

Beliau berkata mangsa kes pemerdagangan manusia yang terselamat perlu diberi perlindungan dan jagaan. Keperluan lain juga perlu diberi perhatian sementara proses mahkamah sedang berjalan.

Beliau berkata aspek-aspek lain perlu dipastikan, seperti pengenalpastian jenayah, siasatan berkesan dan penyusunan bukti secara cermat dan berintegriti.

“Hubungan antara agensi penguatkuasaan dan badan-badan buka kerajaan harus diperkuatkan bagi menambahbaik perlindungan kepada mangsa,” kata Das dalam kenyataan hari ini.

“Selagi prasyarat-prasyarat ini tidak dipenuhi, penubuhan mahkamah khas akan dipandang sebagai usaha mempromosikan imej supaya kedudukan negara sekali lagi dinaiktaraf dalam Laporan Pemerdagangan Manusia Amerika Syarikat 2018,” katanya.

Pada 13 Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan mahkamah khas tahun ini penting bagi membuktikan kesungguhan kerajaan mendengar kes pemerdagangan manusia oleh individu atau ejen, dalam dan luar negara.

Beliau berkata kementerian mencadangkan mahkamah khas diberi hakim yang arif tentang isu pemerdagangan manusia.

Zahid berkata kerajaan sedang bekerjasama dengan Tenaganita untuk menyediakan rumah perlindungan untuk mangsa.

Das berkata hakim yang arif akan “unsur-unsur dan selok-belok pemerdagangan manusia yang rumit” akan membantu memastikan pendakwaan yang berkesan terhadap pelaku.

“Ini amat penting kerana nampaknya kes-kes melibatkan pemerdagangan manusia untuk buruh cenderung diperkecilkan atau dikelirukan sebagai pelanggaran Akta Kerja,” katanya.

Das berkata Tenaganita menghargai kenyataan Zahid tentang kerjasama rapat antara mereka dalam isu ini.

“Kami menanti-nanti rundingan yang lebih hebat dengan pihak berkuasa supaya kita boleh berkongsi pengalaman dan pandangan yang kami peroleh sepanjang 26 tahun dalam bidang ini dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam memerangi pemerdagangan manusia di negara kita,” katanya.-FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here