Saturday, June 23, 2018
Home News Telefon Pintar Edisi Terhad Oppo R7

Telefon Pintar Edisi Terhad Oppo R7

0
818

Oppo telah memperkenalkan model terbaru telefon pintar keluarnya di bawah siri Oppo R7. Generasi terbaru telefon pintar ini ialah R7 Plus dan R7 Lite.

Oppo R7 kini menjadi gajet yang paling laris dan mencatat jualan tertinggi di China. Sehingga Julai lalu, lebih satu juta unit R7 telah terjual. Oleh sebab itu Oppo Malaysia membawa masuk sekali lagi siri peranti istimewa ini dengan harga di antara RM1,298 hingga RM 1,998.

 

Kedua-duanya siri telefon pintar ini membawa rekaan premium berasaskan logam sebagaimana yang telah diguna pakai pada Oppo R5 sebelum ini.

Fungsi popular pengecasan pantas, iaitu Oppo VOOC turut disertakan, membolehkan pengguna mengecas bateri pada peranti dengan lebih pantas berbanding sejumlah pesaing yang lain di pasaran.

 

Dari segi reka bentuk pula, selain badan berasaskan logam, Oppo turut mengembalikan bahagian port audio-jack yang telah dibuang pada Oppo R5 sebelum ini, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan rekaan nipis berbanding pelbagai peranti lain di pasaran.

Oppo turut melengkapkan skrin hadapan dengan rekaan melengkung pada bahagian tepi, dinamakan sebagai kaca 2.5D.

Bahagian kamera turut dihadirkan bersama beberapa fungsi khusus untuk rakaman gambar melalui PureImage 2.0+ bagi membolehkan pengguna merakam gambar dalam beberapa mod, termasuk RAW.

Pada Oppo R7 juga, pengguna boleh merakamkan gambar dalam bentuk time-lapse, Super GIF, selain turut menggunakan pelbagai penapis untuk gambar.

Spesifikasi

Sistem operasi: Android OS, v4.4.2 (KitKat)

Dimensi: 143 x 71 x 6.3 mm (5.63 x 2.80 x 0.25)

Cip pemprosesan: 64-bit lapan teras

Memori: 16 GB, 3 GB RAM

Kamera : 13 MP, 4128 x 3096 piksel

Bateri: 4100mAH

Berat: 147 g (5.19 oz)

Resolusi: 1080 x 1920 piksel

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here