selangor

Perubahan perlu dilaksanakan di Parlimen Shah Alam sekiranya Umno ingin menawan Selangor.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan menawan Shah Alam seperti menang di Selangor.

Menurutnya, kehadiran beliau merasmikan Mesyuarat Umno bahagian Shah Alam kali ini membawa mesej bahawa politik Selangor hari ini perlukan perubahan.

“Kalau kita nak BN kembali berkuasa dan menerajui Selangor, perubahan itu mesti lahir, berputik dan seterusnya berkembang menjadi gelombang kuat,”katanya dalam Majlis Sepetang bersama Perdana Menteri semalam.

Menurutnya, meskipun tidak mudah untuk mencapainya tetapi perlu ada pemikiran untuk menang dan strategi harus disusun.

“Kali pertama kalah tinggal 20 kerusi kali kedua 12 kerusi,  jangan sampai kita ulangi lagi, kita perlu bangkit semula dengan kekuatan yang baru,” katanya.

Najib berkata, kerana Selangor sebahagian daripada Lembah Klang dan dikatakan sebagai the greater Kuala Lumpur memerlukan perancangan untuk pembangunan yang lebih mampan.

“Ia tidak akan dapat dilakukan jika bukan parti yang sama memerintahkan di Selangor dan di Persekutuan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here