Mekah, Arab Saudi – Video seorang jemaah lelaki di Masjidil Haram bertawaf sambil menggunakan peranti beroda ‘smart balance wheels’ telah menjadi viral di laman media sosial baru-baru ini. Situasi ini adalah sesuatu yang asing bagi masyarakat Islam dan telah mengundang banyak pertanyaan berkenaan hukum perbuatan ini.
Dalam rakaman video tersebut, jemaah lelaki yang bertawaf itu yang kelihatan sihat dan ‘mampu’ telah menyebabkan pelayar bertanyakan sama ada Islam membenarkan penggunaan peralatan seumpamanya ketika membuat pusingan tawaf.
Menurut seorang blogger dari Arab Saudi, lelaki tersebut sepatutnya berjalan kaki seperti Muslim yang lain jika dalam keadaan sihat.
Beliau juga menyeru supaya ahli agamawan mengeluarkan pendapat mengenai perkara berkenaan secepat mungkin bagi mengelakkan salah faham dan perbalahan pendapat dikalangan masyarakat Islam.
Seorang lagi blogger, Abu Nawwas menganggap perkara tersebut akan menjadi trend apabila tiba musim haji dan umrah.
Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here