Penolong jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe terkejut dengan pelantikannya selaku ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

Namun, bekas pengendali Kedah itu tetap melahirkan kesyukuran khususnya terhadap Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meletakkan kepercayaan terhadap kemampuannya.

“Sudah pasti tugas mengendalikan pasukan kebangsaan satu tanggungjawab besar, jadi saya memerlukan masa menentukan semula perancangan pasukan ini untuk perlawanan yang akan datang.

“Saya akan membuat penilaian semua ke atas semua pemain apabila mereka dipanggil untuk aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, Mac depan,” katanya ketika dihubungi.

Tan-Cheng-Hoe

Ditanya mengenai penolongnya, Cheng Hoe berkata beliau perlu berbincang dan menunggu arahan daripada Tunku Ismail.

Terdahulu, jodoh Vingada yang terkenal dengan julukan ‘The Professor’ bersama Harimau Malaya hanya bertahan enam bulan, enam hari apabila jurulatih dari Portugal itu mengambil keputusan melepaskan jawatan disandangnya berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Jordan itu berkata, keputusan terbabit dibuat atas dasar tanggungjawab selepas gagal membantu Harimau Malaya meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan kendaliannya.

— Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here