Tabung Haji

PASIR MAS — Anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) akan ke Arab Saudi pada 12 Ogos ini untuk sekali lagi melihat beberapa kawasan yang dicadangkan sebagai tapak pembinaan bangunan Kompleks Tabung Haji di negara tersebut.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata TH berharap lokasi tapak kompleks itu amat dekat dengan Makkah bagi memudahkan urusan jemaah haji Malaysia.

“Apabila wujud bangunan sendiri, sudah pasti ia akan memudahkan bakal haji negara ini serta segala urusan dapat dijalankan dengan lebih kemas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rantau Panjang di sini, hari ini.

Abdul Azeez berkata sebelum ini, TH terpaksa membelanjakan beratus juta ringgit setiap tahun bagi menempatkan puluhan ribu jemaah haji Malaysia di lapan hingga 10 hotel di negara tersebut.

“Insya-Allah dengan terbinanya bangunan sendiri, kita dapat menjimatkan wang serta memudahkan segala urusan bakal haji di sana,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sudah melihat lokasi tapak berkenaan tetapi keputusan mengenainya belum dibuat kerana TH mahu mencari lokasi yang paling dekat dengan Masjidil Haram.

“Saya selaku Pengerusi TH meletakkan kejayaan itu (pembinaan kompleks TH) sebagai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan paling penting, kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mencetuskan ilham bagi pembinaan kompleks ini,” katanya.

BERNAMA

SHARE
Previous articleUMNO, BN Prioritise Candidates People Want – DPM
Next articleLim Umum Majlis Kepimpinan Pakatan HARAPAN Pulau Pinang
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here