agong

Rakyat Malaysia perlu mensyukuri nikmat keamanan dan kedamaian yang dikecapi dalam apa jua situasi, suasana dan keadaan, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Seri Paduka bertitah baginda yakin rakyat sudah banyak mempelajari dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di beberapa negara di dunia, terutama di Timur Tengah, yang sedang berhadapan dengan peperangan bersenjata, bermandikan darah, berhadapan dengan pergolakan, kekacauan yang seolah-olah tiada noktah penghujung.

“Lantaran itu, beta menyeru kepada seluruh rakyat beta yang dikasihi supaya sentiasa menghargai usaha-usaha menjaga keamanan dan keselamatan negara, jangan pandang remeh dan mengambil mudah.

“Hargailah perjuangan dan pengorbanan, keringat dan air mata yang dicurahkan oleh anggota pasukan keselamatan yang bersabung nyawa, mengetepikan kerehatan demi menjamin keselamatan dan menjaga kerukunan dan kedamaian negara,” titah baginda pada majlis sambutan Hari Keputeraan baginda, hari ini.

Sultan Muhammad V bertitah rakyat juga harus berwaspada dengan perkembangan negatif akhir-akhir ini, dengan munculnya ancaman kumpulan pengganas yang kian serius dan membimbangkan di seluruh dunia, dan turut tidak terkecuali, negara ini. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here