Saddiq

Kenyataan bercanggah oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia mengenai peranan DAP dalam pakatan Pakatan Harapan (HARAPAN) menunjukkan ketakutan semakin meningkat terhadap pakatan pembangkang itu.

Ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merujuk kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, yang hari ini mempersoalkan ketiadaan pemimpin DAP dalam tiga kedudukan teratas barisan baru HARAPAN, seperti diumumkan semalam.

“Ia menunjukkan betapa takutnya mereka apabila Salleh Keruak pada suatu ketika mengatakan kita dikuasai oleh DAP dan sekarang mengatakan kami ketepikan DAP,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.

Dalam barisan yang diumumkan lewat tengah malam tadi, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai ketua umum HARAPAN, manakala pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai pengerusi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here