Thursday, October 19, 2017
Home News Sport Syahmi Safari Bintang Baharu Selangor

Syahmi Safari Bintang Baharu Selangor

389
0
Syahmi Safari

KUALA LUMPUR – Pemain muda meningkat naik Muhammad Syahmi Safari menjadikan penyerang Perancis, Antoine Griezmann sebagai idola dalam usaha menjadi pemain bola sepak terbaik negara.

Pemain berusia 19 itu, yang men­­yumbat dua gol ketika mem­bantu Selangor menca­tat kemenangan 4-2 ke atas T-Team dalam perlawanan Liga Super ma­lam tadi, mengakui mengagumi kemampuan membuat hantaran tepat serta kemahiran mengawal bola yang dimiliki Griezmann.

Dalam perlawanan berlang­sung di Stadium Majlis Perban­da­ran Selayang itu, Muhammad Syahmi turut meniru aksi meraikan jaringan pemain kelab Sepanyol, Atletico Madrid itu selepas menyumbat gol pertama pada minit ke-53 buat skuad Gergasi Merah.

“Walaupun dia (Griezmann) seorang penyerang, teknik hantaran dan kawalan bolanya di samping keupayaan membuat keputusan pada saat yang sukar ketika perlawanan amat saya kagumi,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Sementara itu, ketua jurula­tih Selangor, P. Maniam memu­ji persembahan yang dipamerkan Muhammad Syahmi, na­­mun menggesa pemain itu terus menumpukan perhatian kepada baki persaingan liga dan aksi Piala Malaysia yang akan membuka tirai Selasa ini.

“Saya sangat gembira kerana dia baru berusia 19 tahun dan sumbangannya setakat ini sangat menakjubkan. Kita dapat lihat serangan di sebelah ka­nan sangat efektif dengan beberapa hantaran menarik yang dapat kita jelmakan.

“Tetapi perjalanan masih jauh… saya mahu dia melupakan perlawanan malam ini dan tumpukan sepenuh perhatian untuk aksi seterusnya,” kata Maniam.

Selain Muhammad Syahmi, pemain import Forkey Doe dan Rufino Segovia Del Burgo, ma­sing-masing menjaringkan satu gol buat Selangor pada minit ke-55 dan 82, sementara dua gol T-Team dijaringkan Dishod Sharofetdinov (minit ke-73) diikuti penalti disempurnakan Joseph Yannick Ndjeng pada hujung perlawanan.

Kemenangan tersebut me­nyaksikan Selangor kembali mengutip tiga mata selepas dua kali seri dan kalah dua kali dalam empat perlawanan liga sebelum ini, untuk mengumpul 20 mata dan berada di anak tangga kelima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here