Monday, June 25, 2018
Home Muka Depan Suspek Serangan Bom Bangkok dinamakan

Suspek Serangan Bom Bangkok dinamakan

0
291

BANGKOK, THAILAND – Pihak Polis Thailand telah menamakan suspek serangan bom di Kuil Erawan sebagai Emrah Davutoglu yang merupakan seorang warganegara Turki.

Emrah merupakan suami kepada suspek wanita warganegara Thailand, Wanna Suansan, yang menafikan penglibatannya dalam insiden berkenaan baru-baru ini.

tthai
Imej pasport suspek yang dipercayai warga Turki dikeluarkan oleh pihak Polis Thailand pada 2 September lalu.

Wanna mengakui dia kini menetap di bandar Kayseri, tengah Turki dan pernah mengunjungi Thailand tiga bulan lalu.

Perkembangan baharu itu membuatkan pihak berkuasa Thai percaya, serangan pengeboman tersebut ada kaitan dengan negara Turki.

“Dia merupakan seorang warga Turki,” kata jurucakap polis, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri kepada wartawan hari ini.

Jelas beliau, waran tangkap itu dikeluarkan kerana suspek memiliki ‘peralatan perang’.

Pihak polis kini yakin satu rangkaian yang disyaki dari Turki atau menggunakan pasport palsu dari negara itu, bertanggungjawab melakukan serangan.

Setakat ini, sebanyak lapan suspek dikehendaki berhubung serangan pengeboman itu dengan dua daripadanya yang juga warganegara asing yang tidak dinamakan kini berada dalam tahanan tentera.

Media Thailand mendakwa, serangan mempunyai kaitan dengan etnik Uighur yang berang selepas dihantar pulang dari negara ini ke China, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Prawut berkata, cap jari lelaki asing dikenali sebagai Yusufu Mieraili yang ditahan semalam, sepadan dengan yang terdapat pada botol membuat bom yang dijumpai dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Bangkok, Sabtu lalu.

Sumber: Utusan Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here