Pengarah

Sultan Selangor hari ini bertitah, beliau tidak berkenan sekiranya anggota lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hanya disandang oleh ahli politik.

“Beta tidak berkenan ahli lembaga pengarah hanya diisi dengan ahli-ahli politik sahaja,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pada hemat beta, ahli lembaga pengarah PKNS haruslah seimbang dan mestilah dilantik daripada kalangan mereka-mereka yang profesional serta boleh memberi pandangan dan tunjuk ajar dalam pembangunan.”

Beliau berkata demikian semasa merasmikan ibu pejabat korporat PKNS di Shah Alam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Selain itu, Sultan turut menasihatkan generasi baru yang menerajui PKNS agar tidak lupa peranan perbadanan itu untuk membantu orang Melayu.

Walaupun berdukacita, namun baginda berharap agar pengurusan PKNS yang baru dapat meneruskan pembangunan dan kemajuan untuk rakyat negeri Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here