Sebut saja nama Suarez siapa yang tidak kenal dengan bintang bola sepak ini kan? Luis Suarez yang bermain untuk Barcelona FC telah mencuba makan makanan Malaysia seperti Roti Canai, Char Kway Teow, Nasi Lemak dan Popia.

Bintang penyerang Barcelona ini terkenal kerana kelicikan dan keupayaan beliau menjaringkan gol telah meletakkan beliau sebaris dengan legenda bola sepak yang lain bakal menarik perhatian warga antarabangsa sebagai salah seorang duta pelancongan Malaysia.

Luis Suarez memulakan tugasnya sebagai duta pelancongan Malaysia dengan merasa makanan popular negara. Video yang dimuat naik oleh Youtube Malaysia Truly Asia, Suarez memberikan reaksinya apabila mencuba hidangan tersebut.

Luiz Suarez dilantik menjadi duta oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menjadi wakil Tourism Malaysia dalam usaha untuk mempromosikan pusat pelancongan Malaysia di seluruh dunia.

Perjanjian selama setahun ini diharap bakal menambah minat pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia, dengan mengambil kira pengaruh Suarez di seluruh dunia.

Menteri Pelancongan dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz jelas gembira dengan perjanjian tersebut dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan Luis Suarez.

“Sebagai seorang hero kepada masyarakat alaf baru, Suarez telah menjadi inspirasi kepada jutaan peminat dan kami amat berharap dengan status beliau sebagai muka depan pelancongan Malaysia mampu memberikan pendedahan kepada penduduk luar mengenai destinasi tropika yang ada di Malaysia dan mampu menarik minat warga asing untuk merasai nikmat melancong di sini.”

Beliau turut berkata kerjasama yang dimeterai ini adalah sebahagian dari usaha Tourism Malaysia untuk mempromosi dan meningkatkan permintaan bagi melancong ke Malaysia dari pasaran utama dunia, dan pada masa yang sama cuba menarik minat orang muda supaya berkunjung ke Malaysia.

Suarez adalah pemenang dua kali kejuaraan La Liga dan turut mempunyai satu medal juara Liga Juara-Juara Eropah. Ketika bercakap mengenai perlantikan ini, Suarez amat berbangga dan bertuah kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, dimana beliau menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya, disamping pantai dan pulau yang indah.

“Saya amat teruja dan tidak sabar untuk melalui perjalanan ini dalam memperkenalkan negara Malaysia yang eksotik kepada seluruh dunia, ditambah pula negara ini kaya dengan budaya dan warisan kepada seluruh peminat saya dan berazam untuk menjadikan mereka sebagai peminat Malaysia.”

Pengarah Urusan Mediapro Asia, Lars Heidenreich berkata pihak La Liga dan Tourism Malaysia telah bekerjasama lebih setahun untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan rasmi La Liga di benua Asia.

“Usahasama ini telah dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi selepas pengiktirafan dari bintang bolasepak dunia, Luis Suarez. Bintang Barcelona ini amat popular di Asia dan kami sangat yakin jenama pelancongan yang hadir melalui Suarez akan mampu menarik pelancong asing untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka dan merasai apa yang ditawarkan Malaysia sebagai ‘Truly Asia’.”

Ikuti Dunia Sukan dan The Sukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here