Struktur
Image via Malaysiakini

TANGKAK – Kerajaan akan meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk meneliti pembentukan struktur baharu yang ditubuhkan Pakatan Harapan bagi melihat adakah perkara itu mengikut akta pematuhan sedia ada atau sebaliknya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sekali lagi akan meminta RoS untuk bertindak secara profesional bagi meneliti butiran dan perincinan mengenai hal itu sama ada kesepakatan sebuah organisasi politik atau komitmen memenuhi Akta Pertubuhan 1996 sebagai sebuah entiti politik mahupun sebaliknya.

“Saya mengikuti dengan dekat perkembangan pembentukan hierarki struktur organisasi Pakatan Harapan  yang mana tentunya mereka akhirnya akan memohon kepada ketua pengarah RoS untuk mendaftar Pakatan Harapan sbebagai sebuah entiti politik berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan akan letakkan calon di atas lambang sama untuk bertanding dalam PRU.

“Namun tindakan profesional oleh RoS ini akan mengikut perundangan yang ada terutamanya bagi melihat sama ada ia mematuhi di bawah Akta Pertubuhan 1996. Tentunya RoS akan teliti perlembagaan parti berkenaan termasuk saya yang dapat menjangkakan pihak itu pasti bertanya siapa sebenarnya akan menjadi pemimpin utama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here