Penyanyi Stacy atau nama baru Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam, 25, mendedahkan bahawa pengalaman pertama kali mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan perasaan yang sangat mengharukan.

Stacy berkata dia amat teruja hingga mengalirkan air mata apabila dapat melafazkan serta menyempurnakan kalimah itu dengan betul.

Sejujurnya saya tak pernah lafaz atau pun belajar untuk melafazkan dua kalimah syahadah itu sebelum ini. Jadi bila tiba masanya saya sangat-sangat teruja.

“Saya bersemangat nak melafazkannya hingga saya menangis kerana sangat gembira apatah lagi ketika itu ayah dan ibu saya ada bersama menyaksikan proses tersebut,“katanya kepada murai.com.my dalam sidang media semalam.

Turut hadir ibu bapanya iaitu Anam Bayar, 53, dan ibunya Agnes Kaloos, 57.

Screen Shot 2015-08-27 at 4.26.00 PM

Bercerita mengenai latar belakang agamanya, Stacy akui dia tidak pernah menganut atau percaya mana-mana agama sejak kecil.

“Sejak kecil saya tiada agama tetapi pada 2012 saya secara rasmi menganut agama Kristian. Itu pun kerana mengikut kebanyakan daripada ahli keluarga saya.

“Saya dibesarkan dengan latarbelakang keluarga yang dikalangan ahli keluarga separuh beragama Islam dan separuh lagi beragama Kristian. Kami memang sudah terdidik percaya pada satu tuhan saja.

“Tapi bila umur 24 tahun saya lebih suka bercakap tentang Islam malah bila berpindah ke Kuala Lumpur, saya banyak bergaul dengan orang Islam dan itu yang membuatkan saya kuat dan lebih minat ke arah Islam. Saya yakin Islamlah agama yang saya mahukan,” jelasnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here