Berdepan dengan tuduhan membabitkan isu peribadi ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad hari ini bertegas untuk tidak akan tunduk kepada serangan berkenaan.

Sebaliknya kata ketua pesuruhjaya SPRM itu beliau akan kekal dengan usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Dzulkifli juga memberitahu beliau tidak akan membiarkan “taktik kotor” berkenaan mengganggu usahanya mendepani amalan rasuah di negara ini.

Bercakap kepada stesen TV3 Dzulkifli berkata SPRM tidak akan tunduk kepada serangan dan tekanan sebegitu.

“Ini saya nak tegaskan, saya dan rakan-rakan saya di SPRM keseluruhannya pada hari ini akan melaksanakan tugas kami dengan sebaik mungkin.

“Tindakan-tindakan kami tidak akan terjejas dengan serangan-serangan yang kotor dan jijik seperti ini,” katanya di Kuantan, Pahang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here