Spekulasi mengenai perpindahan Neymar ke Paris Saint Germany (PSG) semakin kuat apabila kelab itu merancang mengadakan sambutan besar-besaran untuk menyambut pemain itu.

Walaupun belum ada persetujuan rasmi dicapai, perancangan PSG itu membuktikan khabar angin mengenai perpindahan Neymar semakin menjadi kenyataan.

 

PSG dilaporkan sanggup menebus klausa perpindahan sebanyak 222 juta euro (RM1.2 bilion) yang diminta oleh Barcelona.

serge-aurier-sport_-preview

Manchester United dilihat semakin hampir menandatangani bek kanan Paris Saint-Germain, Serge Aurier. Aurier dijangka menjadi pemain keempat yang berpindah ke United pada musim panas ini, selepas Nemanja Matic, Romelu Lukaku dan Victor Lindelof.

United dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian £25 juta dengan PSG untuk mendapatkan Aurier, yang telah memenangi dua gelaran Ligue 1 selama tiga tahun di ibu kota Perancis.

mbappe

Monaco dilaporkan menaikkan harga permintaan Kylian Mbappe kepada £178 juta dan mahu Barcelona menyaingi Real Madrid dalam saingan mendapatkan penyerang itu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjadi tajuk utama sepanjang musim panas ini selepas menjalani musim lalu yang mengagumkan, menyaksikan dia menjaringkan 26 gol dalam 44 perlawanan untuk membantu kelabnya meraih gelaran Ligue 1.

Baru berusia 18 tahun, Mbappe dianggap sebagai salah seorang bakat muda paling menarik dan mampu memecahkan rekod perpindahan dunia jika dia berhijrah musim panas ini.

lemar

Liverpool kini menumpukan usaha dalam mendapatkan pemain sayap Monaco yang juga menjadi sasaran Arsenal, Thomas Lemar sebagai pengganti berpotensi untuk Philippe Coutinho.

Coutinho ketika ini sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona walaupun Liverpool telah menegaskan bahawa bintang Brazil itu bukan untuk dijual dan Liverpool dalam keadaan berjaga-jaga dalam mencari ganti kepada bintang mereka itu sekiranya Coutinho akan berpindah.

sanchez

Alexis Sanchez dilaporkan telah memberitahu kepada rakan sepasukannya bahawa dia mahu meninggalkan Arsenal ketika kembali ke latihan.

Laporan juga mengatakan bahawa Sanchez telah memutuskan untuk meninggalkan The Gunners namun Arsene Wenger tidak akan menjualnya ke kelab seteru Inggeris.

Manakala kelab Manchester City dan Paris Saint-Germain telah dikaitkan dengan perpindahan bintang antarabangsa Chile tersebut.

 

  • Berita Harian & Mstar Online

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here