Alexandre Pato mencetuskan spekulasi bahawa dia bakal menyertai Arsenal sebelum jendela perpindahan ditutup hari ini apabila mengikuti akaun rasmi Twitter Gunners.

Penyerang Brazil itu dipinjamkan di Sao Paulo tetapi mengakui tidak tahu sama ada akan terus kekal bersama kelab Brazil itu.

Pemain berusia 25 tahun itu dianggap salah seorang pemain mempunyai masa depan dalam bola sepak Eropah ketika menyerlah bersama gergasi Itali AC Milan.

Dia bagaimanapun diketepikan di San Siro dan kembali semula ke negaranya pada 2012 dalam usaha menghidupkan semula karier bola sepak. – Evening Standard

 Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here