Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan haknya untuk memberikan sokongan kepada pihak yang dirasakan sesuai dan menegaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukan salah seorang daripadanya. Khalid akan menyokong sesiapa sahaja asalkan bukan Azmin Ali.

“Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong anggota parlimen Gombak kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 bilion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor,” katanya,

Azmin yang merupakan menteri besar Selangor dan anggota parlimen Gombak pada Jumaat lalu berkata Khalid perlu memutuskan pihak yang disokongnya untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kenyataan itu dikeluarkan Khalid selepas Azmin yang juga merupakan anggota dewan undangan negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa mendakwa Khalid berpindah-pindah sokongan antara Umno, PAS, dan sebagai ahli bebas.

Jawatankuasa Selangor yang ditugaskan memantau penstrukturan semula air di negeri itu mengkritik Khalid atas dakwaannya, dan menegaskan penilaian untuk pengambil alihan itu belum diputuskan.

Khalid menjadi menteri besar Selangir selepas Pakatan Rakyat menawan negeri itu pada 2008.

Beliau disingkirkan pada 2014 susulan perselisihan dalam partinya ketika itu, PKR.

Selepas keluar PKR, Khalid dilihat tampil dalam acara-acara PAS dan Umno namun belum menyertai mana-mana parti.

PAS Selangor dilaporkan menawarkan Khalid kerusi DUN untuk PRU ke-14 akan datang tanpa perlu menyertai parti itu. Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here