Kem memanah kembali menceriakan skuad negara apabila menghadiahkan dua pingat emas dalam acara Compound berpasukan lelaki dan wanita di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) yang berlangsung di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), sebentar tadi.

Selepas kecewa dalam acara Compound individu semalam, skuad memanah menebus kedukaan itu dengan menyumbang kilauan emas menerusi gandingan wanita yang diketuai Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong, dan Nurul Syahzera manakala trio lelaki gandingan Kin Lip, Mohd Juwaidi Mazuki dan Zulfadhli Ruslan.

Pada final acara berpasukan wanita, Malaysia menewaskan gandingan Vietnam dengan keputusan 253-252.

Indonesia merangkul pingat gangsa selepas mengalahkan Filipina 225-222.

Sementara itu, dalam final acara berpasukan lelaki, skuad negara merangkul pingat emas selepas menyingkirkan gandingan Singapura 227-222.

Gangsa menjadi milik trio Filipina selepas menewaskan gandingan Thailand. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here