Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak mahu meletakkan sebarang tekanan ke atas pemain bola sepak dan futsal negara  di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menurutnya, walaupun semua pemain diletakkan sandaran tinggi merangkul emas, namun beliau tidak akan menghukum pemain sekiranya gagal mencapai sasaran ditetapkan.

“Kita sedia maklum jangkaan untuk mereka adalah sangat tinggi dan saya tak nak mereka tertekan. Saya nak mereka menghadapi setiap perlawanan dengan tenang.

“Saya juga mahu semua pihak sentiasa realistik dengan sasaran yang kita harapkan. Memang saya optimis kita akan mencipta sesuatu dalam Sukan Sea kali ini, tetapi jika gagal semua kena faham  bola sepak sesuatu yang anda kena terima dan realistik. Jika kita dapat 50 peratus daripada 100 peratus ia sudah cukup baik daripada tidak dapat apa-apa,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemain bola sepak dan futsal KL2017 di Hotel St Regis, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Tunku Ismail, beliau percaya tentangan sengit pasti hadir dari negara tertentu, tetapi percaya skuad negara sudah berada pada kelas tersendiri.

Malah Tunku Ismail juga percaya kemampuan skuad negara yang pada pemerhatiannya menunjukkan prestasi memberangsangkan.

“Thailand kuat dan sudah menjadi pencabar utama kita. Indonesia  melakukan persediaan rapi. Tetapi skuad negara juga hebat dan telah tunjukkan momentum positif di samping barisan kejurulatihan mempunyai taktikal dan strategi tersendiri,” katanya. – Sinar Harian

SHARE
Previous articleKerana Sayang UMNO, Saya Tidak Bubar DUN Kedah
Next articleIs There A Right Price For Medicine?
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here