Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan aksi anak didiknya, walaupun mengakui permainan yang dipamerkan tidak begitu menghiburkan.

Skuad Sukan SEA negara berjaya mengekalkan rentak kemenangan selepas menewaskan Laos 3-1 di Stadium Shah Alam pada Rabu malam seterusnya menjuarai Kumpulan A.

Menurutnya, selain berjaya mengutip tida mata, pemain dapat menamatkan permainan tanpa menerima kad kuning atau kecederaan.

“Walaupun permainan kali ini tidak begitu rancak seperti sebelum ini, tetapi saya berpuas hati kerana kita berjaya mengutip tiga mata.

“Selain itu, tiada pemain yang cedera atau menerima kad kuning dalam perlawanan ini.

23 August 2017

“Ini penting kerana tumpuan kita selepas ini terarah kepada perlawanan separuh akhir kerana  ini akan menjadi laluan dan pemain akan menerima lebih cabaran.

“Oleh itu kita akan melakukan persediaan mental dan fizikal selain taktikal yang baik untuk memastikan kita berada di perlawanan akhir nanti,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Kim Swee menambah, tempoh rehat dua hari yang ada ketika ini akan digunakan sebaik mungkin termasuk memperbaiki kesilapan-kesilapan yang ada.

Jelasnya, selain Malaysia, pasukan seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia juga mempunyai peluang untuk menjuarai Sukan SEA kali ini.

Berikutan itu, katanya, pemain Malaysia perlu berjuang habis-habisan bagi memastikan sasaran untuk memiliki emas tercapai. – MStar Online

 

SHARE
Previous articleRatu Gimnas Negara Pertahan Emas
Next articleAnatoly Antonov, Duta Baharu Rusia ke AS
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here