Bebanan

Seorang aktivis hak asasi veteran menggambarkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan akan menjadi bebanan atau pengkhianatan terbesar gerakan reformasi.

Kua Kia Soong berkata sudah cukup buruk apabila HARAPAN bersekongkol dengan “bekas autokrat yang belum bertaubat” itu.

“Sekarang pula Mahathir menjadi pengerusi gabungan itu, HARAPAN akan menjawab semua skandalnya.

“HARAPAN perlu bersedia berhubung kerugian mata wang asing sebanyak RM30 bilion yang berlaku semasa tempoh Mahathir,” kata penasihat Suaram itu dalam satu kenyataan.

Gerakan reformasi lahir selepas Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). – Malaysiakini –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here