KEJOHANAN DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge yang akan berlangsung pada 4 dan 5 September ini akan dihadiri oleh penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.

Beliau dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan menyerahkan sendiri tali pinggang kejuaraan tajaan mereka dipertandingkan dalam Kategori Women Title Belt.

Untuk rekod, tali pinggang itu kini berada di Singapura dan dimenangi Angie Wong.

Selain itu, 24 peninju hebat dari dalam dan luar negara akan berkumpul di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dan kesemua mereka bakal beraksi dalam misi merampas dan mempertahankan kejuaraan masing-masing selama dua malam kejohanan.

Untuk info, kepada penonton yang tinggal luar kawasan tidak perlu bimbang untuk hadir kerana penganjur mencetak tambahan tiket untuk dijual semasa hari pertandingan berlangsung nanti.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here