KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengenal pasti segmen pengeksportan buah-buahan tropika sebagai satu daripada bidang perniagaan baharu yang akan dipergiat dan disegerakan bagi meraih manfaat daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (Malaysia-Turki FTA) yang berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Istanbul, Idzham Abdul Hamid, berkata di bawah Malaysia-Turki FTA eksport buah-buahan tropika ke Turki kini dikenakan cukai sifar berbanding 50 peratus sebelum ini.

Beliau berkata, ketika ini Turki membawa masuk buah-buahan tropika ke negaranya dari Belanda.  “Kita akan mengeksportnya secara langsung. MATRADE bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pengusaha ladang tempatan lain bagi tujuan itu,” katanya.  Beliau berkata demikian pada seminar Malaysia-Turki FTA di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Operasi MATRADE, Susila Devi.  Idzham berkata, antara buah-buahan tropika yang digemari masyarakat Turki ialah nanas, belimbing, buah naga dan jambu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here