KUALA LUMPUR: Kerahsiaan siasatan berkaitan syarikat pelaburan merupakan keutamaan dan ia menjadi sebahagian dari kod etika pengaudit.

Menurut Presiden Institut Audit Dalaman (IIA) Malaysia Datuk Shabaruddin Ibrahim, siasatan sedemikian memakan masa dan justeru orang ramai harus memberi masa terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kerumitan proses siasatan perlu dipertimbangkan.

“Kita pernah saksikan dalam skandal Bank Bumiputera (BMF) yang memakan masa bertahun untuk menyempurnakan siasatan.”

Beliau berkata kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian Persidangan Kebangsaan bagi Tadbir Urus, Risiko dan Kawalan di sini hari ini.

Tambahnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sudah berjanji siasatan 1MDB akan siap menjelang akhir tahun.

Menurut beliau pasukan petugas Jabatan Audit juga sedang sibuk melakukan siasatan selepas laporan interim dikeluarkan sebelum ini.

“Jika sesuatu kes di bawah siasatan, kerahsiaan mesti di jaga setiap masa.”

Tambahnya semua siasatan juga perlu bersifat objektif dan wujud proses tertentu di Malaysia yang perlu dipatuhi.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here