baling

Exco  Armada, Mohamad Taufik Abas menjelaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sasaran sebaliknya kerusi yang di baling disasarkan kepada dirinya yang berada di barisan hadapan.

Tindakan pembuat kacau itu bertujuan menghentikannya daripada terus bertanyakan soalan kepada Pengerusi Bersatu itu.

Beliau turut meminta orang ramai merujuk semula video kerusi pertama dibaling hampir sampai kepadanya bukannya kepada Mahathir.

“Jadi kalau nak reka cerita pun biarlah logik jangan nampak sangat mainan kotor macam ini. Seandainya si pembaling memang nak tujukan kerusi itu kepada Tun, bukanlah perkara yang sukar kerana Tun berdiri di atas pentas secara terbuka. Tun adalah sasaran yang amat mudah,” katanya.

Menurutnya, dapat dilihat juga dengan jelas ada beberapa objek yang dibaling menerusi tingkap  bilik atas dewan  yang menempatkan urusetia program bersama salah seorang ketua armada negeri dan pengikutnya.

“Ini bukanlah pertama kali orang-orang  tertentu dalam Bersatu menggunakan taktik lakonan dan cuba menyalahkan pihak lain.

“Syed Saddiq mesti bertanggungjawab terhadap insiden yang jelas dirancang oleh Armada. Bukan menyalahkan orang lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here