Barcelona dilapor sudah menemukan pengganti Neymar sekiranya pemain kelahiran Brazil itu melengkapkan perpindahan ke PSG dengan rekod dunia, 198 juta pound sterling.

Bintang Chelsea, Eden Harzard dijadikan sasaran utama untuk menggantikan Neymar dan Barcelona sedia membayar 100 juta pound sterling untuk pemain kelahiran Belgium itu.

Hazard merupakan antara sasaran Barcelona selepas Phillipe Countinho juga disenarai untuk dipancing ke Nou Camp.

Bagaimana usaha mendapatkan Countiho bukan untuk menggantikan tempat Neymar tetapi sebagai perancangan masa jangka panjang untuk bintang veteran Barcelona, Andres Iniesta.

Awal musim lalu, Hazard mendedahkan bahawa dia gembira untuk kekal di Chelsea walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

“Saya gembira di sini. Saya berada di satu daripada kelab terbaik dunia dan akan kekal untuk beberapa tahun lagi,” kata Hazard.

Manakala laporan daripada media Perancis juga mengesahkan Mbappe telah memutuskan untuk meninggalkan Monaco musim panas ini.

Dia mungkin menggantikan Neymar di Barcelona.

Mbappe dilaporkan menjadi subjek tawaran melebihi £100 juta dari Arsenal, Real Madrid dan Manchester City pada musim panas ini, tetapi sehingga Rabu tidak ada sebarang keputusan yang diumumkan mengenai statusnya di Monaco, kelab yang dibantunya untuk meraih gelaran Ligue 1 musim panas lalu.

Akhbar Perancis L’Equipe kini melaporkan bahawa Mbappe yang berusia 18 tahun itu telah membuat keputusan bahawa dia mahu meninggalkan Monaco untuk mengembangkan kerjayanya.

L’Equipe menambah, Barcelona menunjukkan minat yang mendalam terhadap bakat pemain remaja yang paling mengagumkan dalam bola sepak dunia masa kini itu.

Barcelona tidak lama lagi akan mempunyai £198 juta untuk dibelanjakan apabila Neymar menyempurnakan klausa pelepasannya untuk menyertai Paris Saint-Germain.

L’Equipe melaporkan bahawa pertemuan telah berlaku antara Barcelona dan wakil-wakil Mbappe.

  • MStar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here