Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, meminta mereka yang terlibat peristiwa Memali pada 19 November 1985 bertaubat dan meminta maaf.

Ketika itu Pas menjadi mangsa apabila diserang sehingga mengorbankan seorang pemimpinnya, Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya bersama 13 individu lain.

Menurutnya, semua pihak menuding jari melupakan punca asas tercetusnya kekecohan; jawapan tidak memuaskan peristiwa itu ketika forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, Ahad lalu.

“Terima kasih kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tak mampu jawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan.

“Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya,” kata Abdul Hadi di  Facebooknya, semalam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, peristiwa Memali, ulama Pas mengisytiharkan mereka yang terkorban dibunuh syahid kerana mempertahankan Islam.

Menurutnya, ketika itu Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, manakala orang yang menghina Islam dan hukumnya tidak dipersalahkan.

“Pas pendekatan sebagai parti yang berdakwah, bukan menghukum kafir-mengkafir kerana kejahilan umat terhadap Islam, yang mengharamkan pendekatan itu.

“Akhirnya Pas berjaya membendungnya secara ilmiah dan mereka yang paling kuat mengkafirkan Umno pula akhirnya ramai yang masuk Umno atau diam sahaja. Hari ini dapat diwujudkan kerjasama Pas dan Umno dalam perkara Islam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here