SHELL Malaysia (Shell) memperuntukkan RM12 juta sepanjang tahun ini menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membiayai 35 pelajar baharu dan 153 pelajar sedia ada melanjutkan pelajaran  dalam dan luar negara.

Pengerusi Shell Malaysia, Lain Lo berkata, ini merupakan program yang dilakukan sejak 40 tahun lalu untuk membangunkan bakat-bakat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Shell membelanjakan RM400 juta bagi pendidikan ke arah negara yang lebih baik, sekali gus menjadi penyumbang terbesar kepada CSR syarikat.

“Tahun ini seramai 35 penerima biasiswa telah dipilih daripada 3,000 permohonan di seluruh negara,” katanya selepas majlis penyerahan biasiswa kepada penerima biasiswa di Menara Shell, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, kesemua penerima itu akan melanjutkan pelajaran mereka sama ada di dalam dan luar negara dalam bidang kejuruteraan dan berkaitan sains.

Lain berkata, Shell turut memberikan biasiswa kepada pelajar kurang upaya.

“Kami menggalakkan pelajar kurang upaya (OKU) memohon biasiswa daripada kami. Saya rasa tidak ada alasan kepada golongan ini menjadikan kekurangan dialami untuk mengatasi kebolehan mereka,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here