Tidak hairan bagi masyarakat Malaysia buat pelakon popular, Shaheizy Sam antara Hero Pujaan Malaya yang digilai ramai. Bakat lakonan Shaheizy Sam tidak perlu dipertikaikan lagi dan beliau antara hero yang sentiasa mempamerkan aksi lakonan terbaik di layar perak terutamanya.

Bakal tampil dengan filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar pada 17 September ini, Shaheizy Sam memegang watak inspektor polis bernama Khai. Turut sama membintangi filem itu ialah Zizan Razak, Nora Danish dan Eyka Farhana.

Dalam filem berkenaan, Sam bukan sahaja pasang badan menampilkan sisi tegap badannya, beliau juga melakukan sendiri aksi lagi ngeri sebanyak hampir 80 peratus. Pendek kata memang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 itu berpantang untuk mendapatkan tubuh menarik.

“Watak ini memang menuntut saya jaga pemakanan dan aktif ke gim. Setiap watak yang diberi, saya sukakan perubahan. Apabila diberi peranan sebagai inspektor polis, dalam fikiran saya aspek yang perlu diutamakan adalah penampilan.

“Lihat sahaja bagaimana filem Hollywood mempamerkan bayangan inspektor polis mereka. Sebab itu saya nekad untuk berdiet. Saya tak ambil sebarang karbohidrat tapi lebih kepada protein dan serat.

“Sebelum memulakan penggambaran pada September tahun lalu, lima bulan sebelumnya saya sudah mula berdiet dan bersenam di gimnasium. Hasilnya saya berpuas hati.

“Malah selepas habis penggambaran pun saya meneruskan rutin yang sama. Badan ringan dan memudahkan kita untuk mengenakan apa sahaja pakaian diingini,” katanya sambil memberitahu bahawa filem Polis Evo adalah filem pertama tahun ini diikuti filem Rembat pada Oktober depan.

Mengenai filem berkenaan, dia juga penuh optimis dan yakin menantikan detik filem itu ditayangkan kerana baginya ia sebuah filem yang mempunyai rasa dan rupa sebuah filem yang mampu pecah panggung. Filem berkenaan juga adalah antara karya selektif yang berjaya menambat hatinya.

“Ia karya selektif yang saya benar-benar pilih sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya memang kurang ambil tawaran berlakon filem kerana sangat selektif. Saya memang kerja kuat dan bersemangat terbabit dalam filem ini.

Apa yang saya lalui sepanjang pembikinan filem ini, ia dilahirkan dengan cukup teliti dan bukan sekadar nak siapkan sebuah filem semata-mata.

“Kalau di Amerika Syarikat, filem sebegini dipanggil sebagai karya pecah panggung maka saya secara peribadi melihat ia mempunyai persamaan. Filem ini mempunyai sokongan daripada pelakon dan tenaga pekerja yang terbaik di Malaysia.

Jadi saranan dan nasihat saya, filem ini harus ditonton. Kalau tak tonton memang rugi,” katanya penuh teruja.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here