Roberta Vinci melakukan kejutan terbesar dalam sejarah tenis di separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila menewaskan pemain berpengalaman Serena Williams, sekali gus menamatkan impian pemain Amerika merebut semua kejuaraan Grand Slam dalam kalendar setahun.
Hanya dua lagi kemenangan perlawanan akan menyaksikan Serena menjadi wanita keempat membolot kesemua empat perlawanan major tenis dalam setahun, namun Vinci yang bermain kali pertama di separuh akhir menang 2-6 6-4 6-4. “Saya tidak mahu bercakap betapa kecewanya saya,” ulas Serena.
“Saya memberitahu anda semua saya tidak rasa tertekan. Saya tidak langsung tertekan. Saya tidak rasa tekanan untuk menang di sini dan itu saya beritahu sejak awal lagi (kejohanan),” katanya.
Malah final kali ini menyaksikan penguasaan pemain Itali apabila lawan Vinci, 32, nanti adalah rakan senegaranya Flavia Pennetta yang terdahulu menumbangkan pemain pilihan kedua dari Romania, Simona Halep 6-1 6-3.
Kejutan yang dibuat Pennetta ternyata menghulur inspirasi kepada Vinci yang menguasai gelanggang Arthur Ashe bertemu pemain tuan rumah.
Sumber:BeritaHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here