Thursday, July 27, 2017
Home Muka Depan Serangan Di Munich: 10 Terbunuh

Serangan Di Munich: 10 Terbunuh

189
0
MUNICH

MUNICH, JERMAN – Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam insiden tembakan di sebuah kompleks beli-belah di Munich, semalam.

20 mangsa lagi dilaporkan tercedera dalam insiden yang berlaku pada jam 6 petang waktu Jerman itu.

Menurut polis, seorang suspek warga Jerman-Iran berusia 18 tahun  telah menembak mati sembilan mangsa sebelum menembak dirinya sendiri sebuah lokasi kira-kira satu kilometer dari pusat membeli-belah.

Sebelum itu, sistem transit dalam bandar dihentikan buat sementara dalam usaha menjejaki suspek.

Orang ramai juga telah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada berada di tempat awam.

Sebuah rakaman video yang tersebar di internet menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam bertindak melepaskan tembakan berdekatan sebuah restoran makanan segera, McDonalds.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here