Polulariti sepak takraw kini semakin meningkat di Britain terutamanya di Newcastle selepas sukan itu diperkenalkan kepada masyarakat tempatan di sana oleh John Haswell.

Haswell yang juga presiden Kelab Sepak Takraw Universiti Newcastle berkata, beliau mengenali sukan itu ketika menjalani latihan amali selama setahun di Sabah.

Bermula dari situ dan berbekalkan pengetahuan serta minat mendalam terhadap sepak takraw, Haswell menubuhkan kelab sepak takraw sekembalinya ke Newcastle.

“Pada awal penubuhan kelab, ahli kelab hanya dalam kalangan teman rapat yang langsung tidak mengenali takraw tetapi berminat mencuba berdasarkan perkongsian pengalaman dan melalui tontonan aksi pemain profesional di YouTube.

“Kini, dengan pembabitan tiga pelajar dari Malaysia, Md Azni Bidin, Mohd Fadly Md Ahid dan Kamil Aiman, membantu pelajar di sini dari aspek teknikal selain mempromosikan lagi sukan tradisi Malaysia di bumi United Kingdom ini,” kata Haswell.

Haswell berkata, antara kejayaan dibanggakan kelab itu apabila menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Universiti Newcastle sejak tahun lalu.

Kejohanan mendapat kerjasama  Balai Malaysia Newcastle.- SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here