Datuk Freddie Fernandez iaitu Presiden Karyawan, berkata artis dan selebriti tempatan perlu lebih berhati-hati membuat kenyataan agar reputasi mereka tidak terjejas.

Mengulas kenyataan Soo Vinci yang menyokong perhimpunan haram Bersih 4, Freddie berkata, selebriti tidak perlu campur tangan urusan politik, sebaliknya perlu fokus kepada kerjaya seni masing-masing saja.

“Artis seharusnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak kelihatan kurang bijak. Lagipun tidak kena pada tempat untuk artis mengulas mengenai isu politik.

“Malah, dia sendiri berada di Taiwan dan tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia. Saya sendiri pun tidak tahu siapa yang dia wakili kerana realitinya dia tidak berada di sini.

“Banyak yang pihak kerajaan laburkan dalam industri kreatif dan jangan hanya fokus kepada keburukan semata-mata,” tegas Freddie.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here