Semua jabatan, agensi dan anak syarikat syarikat kerajaan negeri Selangor hari ini diarahkan supaya menghentikan langganan akhbar di bawah kumpulan Utusan Malaysia dan Berita Harian berkuat-kuasa serta-merta.

Arahan itu dikeluarkan melalui pekeliling bertarikh 9 November dan ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Mohd Amin juga memaklumkan bahawa arahan untuk membatalkan langganan dan menghentikan iklan dalam akhbar Kumpulan Utusan pertama kali dikeluarkan melalui pekeliling bertarikh 12 Jun 2008, beberapa bulan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Selangor.

“Surat arahan tersebut masih berkuatkuasa sehingga hari ini.

“Walau bagaimanapun, pemerhatian pentadbiran ini mendapati masih terdapat jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang melanggan akhbar Kumpulan Utusan dan Berita Harian.

“Perkara ini mendapat perhatian daripada pimpinan tertinggi kerajaan negeri yang meminta supaya langgan akhbar tersebut (Kumpulan Utusan dan Berita Harian) dihentikan serta merta di setiap jabatan dan agensi,” kata Mohd Amin dalam pekeliling bertarikh 9 Nov.

Pada masa yang sama, Mohd Amin juga mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri supaya memberi tumpuan kepada melanggan akhbar syarikat kerajaan negeri, Selangor Kini, Sinar Harian dan The Star sahaja. – Malaysiakini –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here