tahfiz

Pemeriksaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan bahawa pemilik bangunan dan pengendali sekolah Darul Quran Ittifaqiyah tidak mempunyai kebenaran dari DBKL dan sijil keselamatan Bomba untuk mengendalikan sekolah itu.

“Ketika kami mengarahkan sekolah itu ditutup, DBKL dan saya akan dikritik dan dituduh kerana tidak adil, tetapi hakikatnya kami tidak mahu insiden seperti ini berlaku,” kata Tengku Adnan kepada pemberita.

Beliau juga menegaskan bahawa tahfiz tersebut hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar.

“Kami memuji pengurusan tahfiz, yang menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga miskin, tetapi aspek keselamatan harus diberi keutamaan.

“Pemeriksaan menunjukkan bahawa sekolah tahfiz tersebut telah melanggar garis panduan keselamatan, kerana ia hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar, bukan mengikut keperluan sebuah bagunan dalam kategori sekolah,” katanya.

Tengku Adnan berkata, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawai di kementeriannya, serta di DBKL, untuk menjalankan pemeriksaan segera di semua pusat tahfiz di pusat bandaraya dan Putrajaya, mulai hari ini.

Mohd Zahid, pengurus sekolah Darul Quran Ittifaqiyah selama 15 tahun, berkata sekolahnya telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menurutnya, sekolah ini menempatkan 42 pelajar, enam guru dan dua orang warden dari seluruh negara, dan semua kemudahan disediakan secara percuma – dibiayai oleh penaja, sumbangan awam dan MAIWP.

Mohd Zahid berkata sekolah sentiasa memberi keutamaan kepada langkah-langkah keselamatan dan memasak hanya di tingkat bawah bangunan tiga tingkat – jauh dari bilik asrama di tingkat atas.

Jabatan Bomba percaya kebakaran berpunca sama ada daripada litar pintas atau gegelung nyamuk.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Soiman Jahid berkata sekolah itu juga tidak dilengkapi dengan peralatan pemadam kebakaran.

Pengurusan sekolah, katanya, akan dipanggil untuk membuat kenyataan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here