07_HIBURAN_170815_Saya muslim1Yuna menggesa dirinya dan peminat-peminat beliau supaya menunaikan tanggungajawab sebagai seorang Muslim dahulu sebelum menghadirkan diri ke konsert beliau yang bertempat di KLCC pada bulan Oktober akan datang.

Hal itu dapat dilihat ketika dia menjawab pertanyaan peminat tentang konsertnya di KLCC Oktober ini.

Menerusi laman Twitter, Yuna memberi penjelasan yang dilihat membayangkan pendiriannya sebagai seorang Muslim.

Yuna menjawab pertanyaan seorang peminat yang bertanyakan waktu konsert bermula memandangkan pintu dewan akan dibuka pada jam 7 malam.
@yunamusic so your gig at KLCC this Oct, what time does it actually start? is there time for Maghrib prayer? it says doors open at 7pm.

— hanna (@thisisgiralka) August 13, 2015
Kata Yuna, peminat yang beragama Islam boleh datang pada bila-bila masa selepas solat Maghrib, malah dia sendiri tidak akan naik ke pentas sebelum menunaikan solat.
Come whenever you like after prayers. There’s a surau in klcc. I’d probably be there too.https://t.co/tct1hhPQVS

— Yuna Zarai (@yunamusic) August 13, 2015

 

Hi everyone a lot of you are asking about doors opening at 7pm for my shows in KL.. Muslims please feel free to come after maghrib.

— Yuna Zarai (@yunamusic) August 15, 2015

 

It’s pretty obvious but since you’re asking. Organizers state that the doors opening at 7 doesn’t mean I go on immediately. Prayers first.

— Yuna Zarai (@yunamusic) August 15, 2015
Penghibur berusia 29 tahun itu turut memberitahu kemudahan surau yang terdapat di KLCC boleh digunakan peminat yang mahu menghadiri konsert berkenaan.

Penjelasan Yuna itu mendapat pujian ramai yang kagum dengan prinsip yang dipegang Yuna biarpun sudah lama bermaustautin di negara Barat.

Konsert Yuna di Plenary Hall, KLCC bakal berlangsung 16 Oktober ini.

 

SUMBER: ASTROAWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here