Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas Perdana Menteri, menafikan beliau seorang diktator.

Ini kerana seorang diktator tidak akan meletakkan jawatan dan akan mempertahankan kuasa sehingga mati.

“Saya tidak digantikan oleh anak saya tetapi oleh pemimpin parti yang cuba menggunakan parti dan kerajaan untuk menentang saya,” katanya dalam catatan di blognya, hari ini.

Diktator kebiasaannya akan dihukum rakyat selepas kehilangan kuasa, namun ia tidak terjadi kepada beliau.

“Selepas meletakkan jawatan, walaupun pengganti memburukkan saya, rakyat tetap menerima dan sokong saya.

“Malah, parti pembangkang yang pernah mengkritik saya sedia menerima saya dan parti yang saya tubuhkan. Mereka juga memilih saya sebagai salah seorang pemimpin mereka,” katanya.

Malah, Mahathir mengakui beliau pernah ‘menderita’ dengan label ultra Melayu dan anti Cina.

“Ia mengambil masa lama untuk menghentikan masyarakat khususnya orang Cina daripada melihat saya sebagai ultra Melayu dan cauvinis. Apabila saya berjaya buang label itu, saya berhasil mendapat sokongan orang Cina dalam PRU1999 walaupun orang Melayu menolak saya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here