Monday, June 25, 2018
Home Viral Sanggup Belanja RM47,000 untuk Beli Topi Keledar

Sanggup Belanja RM47,000 untuk Beli Topi Keledar

0
480

“Kalau dah minat, harga RM100,000 pun mesti orang akan beli. Sibuk kritik minat orang ni susah juga. Yang kritik, mohon sedar abang ni ada RM47,000 untuk topi keledar. Kau ada?,” kata seorang pelayar berkenaan isu pembelian topi keledar berharga RM47,000.

Melalui perkongsian di laman Facebook, seorang penjual yang berjaya menjual topi keledar jenis J-Force II Jack Red dengan harga RM47,000 telah menarik perhatian pengkritik dan pelayar laman sosial.

Terdapat sebahagian pelayar mempersoalkan ‘keistimewaan’ topi keledar berkenaan yang mencecah harga puluhan ribu ringgit.

“Boleh tak terangkan tentang (kenapa) harga helmet tu cecah RM47,000?,” tanya Ferland.

“Helmet yang Valentino Rossi pakai pun tak mahal macam tu,” kata Sharif.

Tak kurang juga pelayar yang menjadikan urusan jual-beli tersebut sebagai bahan jenaka.

“Sebab dalam helmet tu ada geran tanah lot bungalow sekali. Tu yang harga dia mahal. Orang banyak duit, asal minat, tak ada masalah la,” kata Joey.

Namun, terdapat pelayar yang mengemukakan penjelasan yang rasional untuk jual beli tersebut.

“Apa beza jam G-Shock yang harga RM4,999 dengan jam Boboiboy RM10.60 (milik) anak buah aku? Tetap untuk tengok waktu kan? (Tapi) G-Shock power sikit boleh masuk air, jadi kompas, dan sebagainya. Okey apa beza helmet ni dengan helmet MS88 RM50?

“Keselamatan tu dah tentu berbeza. Shoei helmet bukan jenis helmet bodoh-bodoh. Terdiri dari 7 lapisan termasuk fiber. Daya hentakan dia jauh lebih selamat bila kemalangan,” jelas Ediey.

Perkongsian tersebut yang dimuatnaik semalam telah mendapat perhatian lebih 9,000 pelayar ketika ini.

Sumber: Sinar Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here