Sejak Tun Dr Mahathir kembali menerajui Negara kita, segala tingkah laku dan apa sahaja yang dipakai oleh Perdana Menteri Malaysia ini cepat tersebar. Rakyat sudah mula menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai Tokoh yang harus dicontohi dari segala aspek. Bermulalah dari cara pemakanan, penulisan dan pakaian beliau. Hari ini isu sandal pula.
Semasa Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah dan tandatangan dokumen sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, ramai sudah mula memerhatikan apa yang digunakan oleh Tun Mahathir. Ramai mendapati Tun Mahathir pasti akan menggunakan pen dari jenama ‘PILOT’ yang berharga tidak sampai RM5. Ia menjadi antara pen kegemaran Tun apabila melakukan apa jua penulisan dan tandatangan rasmi.
Selain itu, ‘supplement’ jenama ‘Berocca’ yang digunakan oleh Tun Mahathir juga tersebar apabila gambar beliau dan Tun Siti Hasmah sedang menjamu selera di ambil. Ramai yang mencari kelebihan dan berkongsi harga serta kebaikan mengamalkan ‘supplement’ tersebut.

Kini giliran sandal jenama ‘Bata’ pula kembali popular apabila tersebar gambar Tun Mahathir hanya menyarungkan sandal bata yang hanya RM12. Bukan sandal Gucci, Adidas atau Prada yang menjadi pilihan Tun Mahathir, sudah cukup dari jenama Bata yang digunakannya. Ianya dikongsi oleh seorang pengguna Instagram @azranshah.

Jadi, apa lagi agaknya yang rakyat Malaysia akan perhatikan dari Perdana Menteri kita ini? Sesungguhnya perkara yang baik itu boleh kita ikuti. Lepas ni kita tunggu Bata hadiahkan Tun Mahathir kasut Bata Hotshot pulak.  – OHMedia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here