Sebarang rasa tidak puas hati terhadap hasil pembahagian kerusi serta pengumuman calon Presiden Pakatan Harapan (Harapan) akan dibawa kepada peringkat tertinggi Pakatan Harapan. Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, ia perlu ditangani dengan sebaiknya bagi memuaskan hati semua pihak dalam Harapan.

“Kita ingin supaya keputusan-keputusan ini dapat diterima oleh seluruh ahli dan di setiap peringkat semua anggota parti.

“Saya percaya rundingan kerusi Harapan di peringkat DUN sama ada yang telah dan sedang berlangsung dapat membantu menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung jumlah kerusi di peringkat Parlimen bagi semua parti dalam Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here